Isnin, 17 Mac 2014

BN MESTI MENANG PRK N.51 BALINGIAN


Seluruh rakyat Malaysia masih diselubungi persoalan misteri kehilangan MH370. Namun OMW mengalih pandangan dan memfokuskan PRK Dun N.51 Balingian.

OMW nak cerita sedikitlah berkenaan dengan Dun Balingian ini. Dun N.51 Balingian merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak tahun 1991 lagi. Pada tahun 1991 hingga 2001 ADUN adalah Abdul Ajis Abdul Majeed daripada Barisan Nasional. Tahun 2001 hingga 28 Februari 2014 dimana ADUN adalah bekas Ketua Menteri Sarawak iaitu YAB Datuk Petinggi Haji Abdul Taib Mahmud juga dari Barisan Nasional.
 
Hari ini 17 Mac 2014 Isnin merupakan hari penamaan calon bagi PRK Dun N.51 dimana calon terdiri daripada 2 penjuru iaitu klik (maklumat selanjutnya). Satu lawan satu.

Calon BN Yussibnosh bin Balo

Dengan pemilih berdaftar di SPR  Februari 2014, jumlah pemilih adalah seramai 13,366 orang. Pemilih terdiri daripada Melanau  9301 (69.6%), Cina 1674 (12.5%) , Iban 2356 (17.6%) , Bidayuh 17 (0.1%), Orang Ulu 12 (0.1%) dan lain-lain 6 (0.1%). Untuk makluman jumlah pengundi bertambah daripada tahun yang lepas.

Berdasarkan pembangunan yang telah dibuat oleh BN serta kemampuan dan kewibawaan yang ada pada calon BN, OMW yakin BN mampu menang dengan majoriti yang tinggi di Balingian.

Oleh yang demikian sebagai pemilih di DUN Balingian buatlah piihan yang bijak.

 
 
 

Isnin, 10 Mac 2014

HILANG KELAYAKAN?????

Terungkai dan terjawab semua persoalan tentang kes liwat Datuk Seri Anuar Ibrahim dan Saiful Bukhri bekas pembantu peribadi beliau.

Saiful Bukhari
Dengan kesabaran keputusan telah memihak kepada Saiful Bukhari.

"Berkat doa, istiqamah dan sabar selama enam tahun saya bersyukur ke hadrat Illahi dengan keptusan mahkamah yang memihak kepada saya" - SAIFUL BUKHARI

Walaupun demikian pada 10 Mac 2014 Datuk Seri Anuar memfailkan notis rayuan kepada mahkamah persekutuan terhadap keputusan yang telah dikeluarkan. Baca selanjutnya klik 
Anwar Ibrahim


Wahai sahabat sekalian, renungkan... 


Bagaimana seorang yang sudah dijatuhi hukuman penjara  mahu dijadikan sebagai calon untuk PRK N.25 Kajang pada 23 Mac nanti?

Persoalannya layak kah Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan pemimpin pada masa ini dan akan datang? Fikirkanlah.......